Monday, August 27, 2012

Semangat yang hilang

Merindui bagaimana rasanya seronok belajar,rasa tercabar ketika menghafal dan mengingat,rasa excited baca kuat2 untuk menghafal,rasa seronok tahu benda baru etc.

Sekarang ni,nak menghafal pun malas.sebab baru hafal sikit,yang lama dah lupa.x seronok tahu benda baru sebab dah mula rasa banyak nya tu macam terlampau-lampau.rasa penat sebab belum habis baca ingat hafal yang satu ni dah terlupa yang satu tu.terasa macam buang masa.baca-baca tetap x ingat.semangat gile pun tetap mengantuk.excited gile pun tetap bosan.selalunya tahan setengah jam je.ala2 macam sakit perut nak berak,berkejar berlari-lari anak kejar toilet tapi bile berak tak keluar sampai habis.rasa x berbaloi je berlari-lari mania tadi.sunggh tak berbaloi.sungguh.

Tapi sebab memikirkan lagi 6 bulan nak university exam,juga terpandangkan kertas azam dan life planning yang kaler-kaler panjang berjela tu,terpaksalah jugak cekang mata,pujuk kepala otak ni suruh sabar dan telan je semua.

Harap-harap lulus end posting exqm juga university exam.x larat dah menghadap benda sama lagi sekali.pleasee...

Saturday, August 18, 2012

Some people just dont know where they came from

Watching tv just now and realize that there are still some children who abandon their parents nowadays.haih..ape nak jadi.based on my judgement,looking at the dad who lying rigidly on the bed im sure he once had stroke attack.kesian..

Dad:pak cik sedih.pak cik x ada tempat nak mengadu.anak2 pak cik dah lama x balik.sedara mara adalah datang tengok2 tapi kadang2 je la.pak cik xde tempat nak mengadu..*wiping his tear*

Semoga Allah jaga hati kami adik beradik untuk tetap sayang and jaga our parents sampai ke akhirnya.amiinnn...

This short news give me strength to keep on going in this med school untill grad.one day i'll build one hospital in my hometown and form a small team who will do daily or weekly round to take a look and take good care of old people.

Saturday, August 4, 2012

Bukan trial.

Salam,terbaca satu entry.menarik.aku dah lama terfikir benda yang sama cuma x pernah pulak diterjemah dalam bentuk penulisan macam ni.lengkap,tepat,sama macam apa yang aku fikir selama ni.

Copied from IIUM Online - Madam. Fauziah Mohd Noor.

Assalamualaikum dan salam Ramadhan.
Dua semester lepas, seorang pelajar saya (perempuan), pernah mengirimkan sms kepada saya, "Madam, terima kasih di atas segala2nya. Betapa saya ingin memeluk madam seperti memeluk ibu saya, tapi saya malu." Saya membalas sms dia, " Tak pe..insyaAllah, masih ada peluang utk kita berjumpa semester depan. Dan kalau jumpa nanti, peluklah saya kalau awak nak."



Semalam
Dia datang datang ke ofis saya, dengan wajah suram dan inai masih dijari.Belum sempat berbual panjang, dia memeluk saya dengan erat dan disulam dengan tangisan. basah bahu saya dengan airmatanya. Saya bertanya, "Kenapa? awak sepatutnya gembira sebab baru saja bernikah dengan pilihan hati awak." Dalam sedu dia menjawab, "Madam, saya nak bercerai, saya dah tak boleh nak teruskan hidup dengan dia. Dia sangat berbeza dgn dia yang saya kenal sewaktu bercinta dulu"

Astaghfirullah...hancur luluh hati saya waktu itu bagai kaca terhempas ke batu. Tak perlulahsaya sebut kenapa dan mengapa dia hendak bercerai ketika inai masih di jari. Saya cuma ingin menasihati pelajar2 saya, dan rakan2 FB saya yang masih muda, ingatlah pernikahan bukannya trial and error. Pernikahan bukannya ujian amali atau ujian praktikal. Janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bertunang, maka kamu rasa kamu juga perlu bertunang. janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bernikah, maka kamu rasa kamu juga perlu bernikah. Pernikahan adalah sesuatu yang sangat suci dan ianya memerlukan pengertian, pengorbanan dan kesabaran. Kesabaran bukan bertahan utk seminggu dua atau sebulan atau setahun. tapi kesabaran itu perlu utk membuktikan kamu beriman kepada Allah dan RasulNYA.

Kepada pelajar2 yg telah bernikah di usia muda dan masih belajar, saya merayu kepada kamu semua hari ini...tolong jangan terlalu dipaparkan kemesraan kamu di facebook. jangan terlalu menunjukkan kesronokan bernikah di facebook. saya mohon dengan setulus hati saya. tolong kurangkan posting2 romantik kamu di FB. Saya tidak mahu lebih ramai pelajar yang merasakan seronoknya bernikah.Tapi mereka lupa bahawa di sebalik keseronokan pernikahan itu dipenuhi dengan tanggungjawab yg amat berat.

Dan bukan semua orang bernasib baik mendapat pasangan hidup yang baik. Jadi, cukup2lah kamu berposting tenatng bulan madu kamu, hentikan dialog2 romantik kamu di FB, ucapan sayang dan cinta itu simpan utk tatapan kamu dan pasangan kamu saja.TOLONGLAH....saya merayu daripada kamu. Dan kepada pelajar2 yg masih berfikir tentang bakal suami atau isteri, berjumpalah dengan mereka yg lebih arif tentang hidup. Mintalah pendapat mereka tentang mencari pasangan hidup. Ingatlah anak2ku, adik2ku..pernikahan bukan satu percubaan, tapi satu tanggungjawab yang amat berat. Saya tidak sanggup melihat kamu menangis...tidak sanggup sebab saya sangat sayangkan kamu. jaga diri kamu baik2.



P/s:sape rasa seronok sgt nak kawen muda tu,pikir2lah..malang x berbau.kalau rasa2 nikah tu x perlu buat masa sekarang ni,tok sah le nak berangan menggatal nak naek pelamin sekarang..dahulukan mana yang penting.jasa mak bapak pun x abes balas lg dah sebok kmpul duit nak kawen.kalau mak bapak umur x panjang,xke menyesal?nauzubillah..manusia hanya merancang.moga kita dapat yang baik2 sahaja.amiinn..